Kuil Shri Mariamman adalah kuil Hindu yang tertua di Kota Medan, Indonesia. Kuil ini dibangunkan pada tahun 1884[1] (ada juga yang menyebut 1881[2]) untuk memuja dewi Kali. Kuil ini terletak di kawasan yang dikenali sebagai Kampung Keling. Kuil yang menstanakan lima dewa, masing-masing Dewa Siwa, Wisnu, Ganesha, Dewi Durga (Kali), dan Dewi Aman itu dikendalikan oleh salah seorang keluarga pemilik syarikat besar Texmaco, Lila Marimutu[3]. Pintu gerbangnya dihiasi dengan sebuah gopuram, iaitu menara bertingkat yang biasanya dapat ditemui di pintu gerbang kuil-kuil Hindu dari India Selatan atau seperti gapura.